Gum Arabic Al-Manna Di Restoran Nasi Ulam Cikgu Kampung Kraftangan Kota Bharu

nasi ulam cikgu, stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,

Restoran Nasi Ulam Cikgu Menyediakan Hidangan Mesra Sihat


Mencari restoran yang menyediakan perkhidmatan mesra pelanggan adalah penting. Lebih mustahak lagi hidangan yang disediakan adalah menyihatkan untuk kebaikan diri dan keluarga. Banyak restoran yang menghidangkan makanan yang sedap dan delicious, namun tidak semua restoran mampu menyediakan juadah yang menyihatkan. Pada pendapat @gumarabicfood, Restoran Nasi Ulam Cikgu adalah contoh restoran yang menyajikan aneka hidangan yang menyihatkan.

Resepi Turun Temurun Keluarga Cikgu Hamid


Restoran Nasi Ulam Cikgu yang begitu terkenal di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang ini menggunakan ramuan dan resepi turut temurun dari keluarga Cikgu Hamid. Cita rasa tradisional masakan asli Negeri Kelantan ini juga turut memaut selera pengunjung dari luar negeri dan pelancong asing untuk mencuba keunikan rasa hidangan kampung yang pasti menyelerakan dan menyihatkan.

Menikmati hidangan masakan di Restoran Nasi Ulam Cikgu bersama keluarga +Gum Arabic Food  di musim cuti sekolah memerlukan sedikit kesabaran untuk berbaris dan menunggu meja kosong. Ini kerana di musim cuti sekolah ramai pengunjung dari segenap negeri mengambil peluang untuk datang ke Restoran Nasi Ulam Cikgu untuk mencuba sendiri hidangan unik ini dan ada yang menjadikan makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu ini sebagai rutin.

Ikan Keli Goreng Berempah Nasi Ulam Cikgu


Pengunjung yang selalu menikmati hidangan di mana-mana restoran atau kedai makan tentu akan dapat membuat perbezaan antara ikan keli goreng berempah di Restoran Nasi Ulam Cikgu dengan ikan keli goreng berempah di tempat lain.

Ikan keli goreng berempah di Restoran Nasi Ulam Cikgu sangat sedap, segar, tidak hanyir dan ukurannya besar. Paling memuaskan, ikan keli berempah ini tidak begitu masin dan apabila makan dengan pencicah, budu dan tempoyak ia menjadi sebati. Kombinasi rasa yang sangat sedap dan sukar didapati di mana-mana restoran lain.

Anda perlu mencuba sendiri ikan keli goreng berempah dengan budu di Restoran Nasi Ulam Cikgu dan anda pasti tidak keberatan untuk berkongsi dengan teman-teman lain kelainan rasa hidangan di sini.

Budu, Tempoyak Dan Sambal Nasi Ulam Cikgu


Pengunjung yang baru menjejakkan kaki ke Restoran Nasi Ulam Cikgu dikira sangat bertuah. Ini kerana restoran tersebut baharu saja mengeluarkan produk sendiri iaitu Budu Nasi Ulam Cikgu. Pengunjung yang ingin mengabadikan semula selera rasa makan hidangan di sini boleh membeli budu Nasi Ulam Cikgu yang dimuatkan di dalam botol.

Menjamu selera hidangan makanan di Restoran Nasi Ulam Cikgu, anda perlu tahu budu adalah hidangan 'wajib' bagi sesiapa saja yang singgah makan di sini. Budu Nasi Ulam Cikgu dengan ikan keli goreng berempah ibarat irama dan lagu. Ia sememangnya tidak boleh dipisahkan lagi.

Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak Nasi Ulam Cikgu


Satu lagi hidangan yang tidak boleh anda abaikan iaitu ikan patin masak gulai tempoyak. Keanakannya membuktikan penelitian dalam proses masakan yang dilakukan dengan begitu cermat. Sebut saja ikan patin masak gulai tempoyak, sudah tentu menu ini mudah didapati di mana-mana restoran dan kedai makan.

Namun untuk mendapatkan ikan patin yang segar dan penyediaan masakan gulai tempoyak yang mencakupi segenap dimensi rasa, ianya dijamin ikan patin masak gulai tempoyak terbaik di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Anda pasti tidak akan hampa.

Ikan Bakar Tawar Dan Ayam Goreng Berempah Nasi Ulam Cikgu


Sisi penting bagi sesetangah pengunjung tertamanya warga yang telah berusia, mereka lebih gemar memilih ikan bakar tawar. Bagi anak-anak pula ayam goreng adalah lauk istimewa walau di mana berada.

Ikan bakar tawar dan ayam goreng berempah melengkapkan lagi set hidangan tradisi di Restoran Nasi Ulam Cikgu.

Sayur Lemak Putih Dan Ulam-ulaman Nasi Ulam cikgu


Bicara soal kesihatan, ulam-ulaman adalah nutrisi penting dalam membantu meningkatkan kesihatan. Sayur-sayuran dari pelbagai jenis di Restoran Nasi Ulam Cikgu meningkatkan lagi standard penyediaan hidangan yang sihat dan makanan yang rendah kolesterol seperti ikan bakar.

Ulam-ulaman ini apabila disertakan dengan pencicah seperti budu, tempoyak dan sambal akan membangkitkan selera untuk makan sayur-sayuran dengan lebih banyak. Sesetengah orang agak sukar untuk makan sayuran tertentu kerana rasa yang mungkin sedikit pahit atau kelat. Namun dengan adanya pencicah seperti budu Nasi Ulam Cikgu, pengunjung seolah terlupa rasa sebenar sesuatu ulam-ulaman apabila disertakan dengan budu.

Amalan makan sayur-sayuran sangat baik untuk kesihatan, malah ia disarankan untuk mengambil hidangan berbentuk ulaman-ulaman dengan jumlah yang lebih banyak. Selain sayuran, terdapat juga buah tembikai yang menjadi pencuci mulut dan penghias semula jadi bagi set ulam-ulaman di Restoran Nasi Ulam Cikgu.

Air Bandung dan Air Sirap Selaseh Nasi Ulam Cikgu


Minuman ringkas seperti air bandung dan air sirap selaseh sudah cukup untuk melengkapkan set hidangan menyihatkan di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Pengunjung telah menikmati beraneka jenis hidangan yang menyihatkan dan khasiat dari lauk-pauk dan ulam-ulaman tidak perlu dimusnahkan dengan hidangan lain yang tinggi bahan campuran. Air bandung dan sirap selaseh sudah memadai.

Menikmati Gum Arabic Al-Manna Di Restoran Nasi Ulam Cikgu


Menambah serbuk Gum Arabic Al-Manna ke dalam minuman kosong seperti air mineral atau minuman berperisa lain juga dapat membantu membekalkan khasiat penting untuk tubuh badan. Prebiotik semula jadi Gula Mentah atau Gam Arab yang diambil dari cairan pokok akasia mengandungi kalsium dan fiber yang tinggi untuk dimanfaatkan.

Membawa Gum Arabic Al-Manna di Restoran Nasi Ulam Cikgu adalah sebagai amalan misi pemakanan prebiotik yang tidak diabaikan dalam mana-mana perjalanan atau travel ke sesebuah destinasi.

Gum Arabic Al-Manna adalah prebiotik semula jadi yang didatangkan secara eksklusif dari Negara Sudan. Serbuk yang berasal dari ketulan Getah Arab ini diproses menjadi lebih halus dari gred terbaik. Ianya seratus peratus asli dan halal untuk digunakan sebagai makanan tambahan tanpa bahan pengawet.

Pakej Menu Popular Dan Harga Di Restoran Nasi Ulam Cikgu


Pengunjung boleh mendapatkan semua menu popular di Restoran Nasi Ulam Cikgu dengan harga yang murah dan hidangan memuaskan. Servis hidangan adalah layan diri dan anda boleh memilih sendiri jenis hidangan yang anda mahukan dengan lebih jimat dan murah. Pakej menu tersebut disediakan pada harga RM59.40 (termasuk 6% GST) untuk hidangan 5-6 orang seperti berikut.
  • 2 ekor keli goreng
  • 2 ketul ayam goreng berempah (1/2 ekor)
  • 2 ketul patin masak gulai tempoyak
  • 1 sayur lemak
  • 2 ekor ikan tawar bakar
  • Ulam-ulaman
  • Set budu dan sambal
  • Nasi putih
  • Air bandung / sirap selaseh

Lokasi Restoran Nasi Ulam Cikgu


Restoran Nasi Ulam Cikgu terletak di Kompleks Kampung Kraftangan di tengah bandar Kota Bharu. Lokasinya yang strategik ini dikelilingi tempat-tempat tarikan seperti berikut.

  1. Kota Sultan Ismail Petra 
  2. Muzium Kraftangan 
  3. Masjid Muhammadi 
Kota Sultan Ismail Petra menjadi tempat tarikan. Muzium Kraftangan juga menyimpan pelbagai kesan sejarah untuk tatapan genarasi hari ini. Masjid Muhammadi pula merupakan antara masjid tertua dan bersejarah.

Pengunjung dicadangkan untuk datang pada waktu selain 1-2 petang. Kerana waktu tersebut ramai pengunjung yang datang ke Restoran Nasi Ulam Cikgu dan keadaan jalan juga begitu sesak dengan kenderaan.

Kawasan menarik ini bertambah meriah pada hari hujung minggu dengan pelbagai acara yang dipersembahkan seperti berikut.
  • Persembahan muzik tradisional
  • Persembahan seni silat tradisional

Restoran Nasi Ulam Cikgu juga pernah menerima Anugerah Kedai Pilihan Pengguna 2006/2007 dan pernah menjadi lokasi penggambaran program Jalan Jalan Cari Makan. Anda juga boleh menggunakan Google Map melalui koordinat GPS 6.1321025,102.2380114,15 untuk ke Restoran Deanna Kampung Chempaka Kota Bharu.

Waktu Operasi Restoran Nasi Ulam Cikgu


Waktu operasi bagi Restoran Nasi Ulam Cikgu di Kampung Kraftangan, Taman Orkid Pengkalan Chepa (cawangan) dan RTC Bandar Baru Tunjong (cawangan) seperti berikut.

  • 11.00 pagi - 5.00 petang
  •  Sabtu - Khamis
  • Jumaat cuti

Waktu operasi bagi Restoran Nasi Ulam Cikgu cawangan Kubang Kerian pula seperti berikut.

  • 8.00 pagi - 10.00 malam
  • Sabtu - Jumaat
  • Setiap hari (7 hari seminggu)

Tempahan Meja Restoran Nasi Ulam Cikgu


Tempahan meja hidangan di Restoran Nasi Ulam Cikgu boleh dibuat melalui talian berikut.

  • 019-961 6665
  • restorancikgunasiulam@yahoo.com.my

Restoran Nasi Ulam Cikgu Pilihan Rakyat Malaysia


Kami di @gumarabicfood (stokis serbuk prebiotik semula jadi Gum Arabic Al-Manna) mempelawa anda untuk mencuba hidangan tradisi kampung yang menampilkan sentuhan asli masakan Kelantan melalui resepi turun temurun keluarga Cikgu Hamid di Restoran Nasi Ulam Cikgu dan menu istimewa lain yang pasti menambat selera rasa anda. Dapatkan serbuk Gum Arabic Al-Manna melalui kami atau wakil kami dan bancuh sedikit ke dalam segelas air kosong untuk anda merasai kesihatan yang lebih baik, Insya-Allah.


 #gumarabicalmanna #gumarabicfood #almanna #gumarabic #getaharab #travel #checkin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan