Gum Arabic Al-Manna Di Warung Pisang Goreng Rangup Guchil Bayam

stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,

Pisang Goreng Rangup Di Jalan Guchil Bayam


Pisang goreng makanan yang tidak asing di kalangan rakyat Malaysia. Hidangan turun temurun yang terus mendapat perhatian samada untuk dijual atau dibuat untuk hidangan seisi keluarga. Melalui jalan Guchil Bayam di Kota Bharu @gumarabicfood tidak melepaskan peluang untuk menjamah pisang goreng panas di tepi jalan yang menghubungkan laluan antara Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan ke Kota Bharu.

Pisang Goreng Sumber Pendapatan Lumayan Penjaja Tepi Jalan


Pendapatan hasil jualan pisang goreng mungkin tidak keterlaluan untuk mengatakan ianya agak lumayan biar pun hanya berniaga di tepi jalan dengan mengambil masa separuh hari di sebelah petang sahaja. Seorang makcik yang hanya mahu warung goreng pisangnya dikenali sebagai 'Warung Goreng Pisang Guchil Bayam' berkata, warungnya beroperasi di sebelah petang sebagai mana kebiasaan warung-warung lain juga yang menyediakan makanan yang sama.

Jalan Guchil Bayam merupakan antara laluan yang agak sibuk terutamanya di sebelah petang apabila orang ramai mula pulang dari kerja dan mengambil anak-anak di sekolah yang melalui jalan ini untuk menghala ke Bachok dan Kota Bharu.

Juadah Yang Disediakan Di Warung Goreng Pisang Rangup Guchil Bayam


Warung Goreng Pisang Guchil Bayam menyediakan makanan bergoreng seperti pisang, keropok, ubi, bebola ikan, sosej dan gado-gado. Selain itu turut menjual air kelapa dan buah-buahan asam. Pisang yang popular digunakan kebiasannya seperti pisang nipah dan pisang tanduk. Namun ada kalanya menggunakan pisang nangka, pisang raja dan pisang berangan

Tempat parkir kenderaan agak terhad memandangkan lokasi warung ini terletak menghampiri jalan raya dan berada di bahagian selekoh jalan. Meja makan juga disediakan untuk pengunjung menikmati juadah di warung ini di samping memesan untuk dibungkus juadah panas sebagai ole-ole untuk dibawa pulang ke rumah.

Lokasi Warung Pisang Goreng Rangup Guchil Bayam

Warung Gorang Pisang Guchil Bayam berada di sebelah kedai Eju Tayar dan di hadapannya terdapat sebuah tadika IKRAM Junior Child Centre bersebelahan laluan masuk ke Kampung Desa Rahmat. Terdapat beberapa restoran menarik di sini antaranya My Nasi Lemak dan Ajihs Nasi Lemak. Anda juga boleh menggunakan Google Map melalui koordinat GPS 6.111077, 102.279630 untuk ke warung ini.

Kami di @gumarabicfood mempelawa anda untuk membeli juadah-juadah panas di Warung Pisang Goreng Rangup Jalan Guchil Bayam untuk sama-sama kita membantu ekonomi penjaja kecil ini dan penjaja yang lain juga. "Dalam rezeki kita ada hak untuk mereka".


 #gumarabicalmanna #gumarabicfood #almanna #gumarabic #getaharab #travel #checkin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan