Gum Arabic Al-Manna Di Istiadat Konvokesyen KIAS

stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,

Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke - 18


Gum Arabic Al-Manna @gumarabicfood telah menyertai majlis penuh bersejarah Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke - 18 dan Penganugerahan Graduan Cemerlang di Kompleks Balai Islam Lundang.

Sebagaimana coretan terdahulu, kami telah mengambil tempat untuk majlis ini sebagai pemerhati. Ruang untuk pemerhati diberi keselesaan sepenuhnya di bahagian atas dewan pejabat MAIK ini, sementara tetamu khas yang terdiri daripada ibu bapa penuntut Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) disediakan di bahagian bawah iaitu di hadapan pentas majlis.

Penyertaan Istiadat Konvokesyen KIAS  Memberangsangkan


Majlis yang bermula sekitar pukul 9:00 pagi hingga 1:00 tengahari ini disertai sejumlah besar penuntut KIAS dari pelbagai jurusan yang terpilih. Kehadiran kakitangan wakil kerajaan negeri, kakitangan KIAS, ibu bapa dan para pemerhati yang begitu baik menjadikan majlis ini dapat diraikan dengan penuh jayanya.

Graduan KIAS Jurubicara Ummah


Melalui ucapan setiap wakil di majlis Istiadat Konvokesyen KIAS Kali Ke - 18 ini ternyata menghantar satu mesej penting untuk graduan yang baru sahaja menamatkan pengajian di negeri 'Cik Siti Wan Kembang' ini.

Para graduan mempunyai pilihan untuk menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi yang menawarkan mutu pengajian dan dasar yang diinginkan. Selain itu mungkin terdapat juga di kalangan penuntut yang ingin terus menterjemahkan apa yang dipelajari selama ini ke sektor pendidikan melalui alam pekerjaan dan sebagainya.

Graduan KIAS kini bukan sahaja telah berjaya menyarung jubah Istiadat Konvokesyen bahkan mereka juga menyarung tanggungjawab sebagai 'Jurubicara Ummah' di setiap kawasan mereka berlabuh.

Semoga dengan ilmu yang dipelajari selama ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk anak bangsa, masyarakat dan negara.

 #gumarabicalmanna #gumarabicfood #almanna #gumarabic #getaharab #travel #checkin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan