Gum Arabic Al-Manna Di Pantai Irama Bachok

stokis gum arabic, almanna, gum arabic, gum arabic food, gum arabic travel, gum arabic kota bharu, gum arabic kelantan, gum arabic malaysia,

Panorama Indah di Pantai Irama Bachok Kelantan


Pusat peranginan yang menjadi pilihan kami @gumarabicfood untuk turut sama menikmati panorama indah di pantai yang tidak pernah sunyi dari limpahan pengunjung, sudah tentu ianya ialah Pantai Irama, Bachok Kelantan.

Minum Gum Arabic Al-Manna di Gerai Makanan


Membawa keluarga berinteraksi bersama alam ciptaan tuhan ini adalah rutin 'harus' jika mempunyai kelapangan masa dan keperluan lain selain menemui pengguna serbuk Gum Arabic al-Manna. Jika tidak sempat membancuh Gum Arabic al-Manna, bawa saja bungkusan tersebut dan boleh minum di kedai-kedai yang terdapat di kawasan Pantai Irama.

Jenis Makanan di Gerai Perniagaan Pantai Irama Bachok kelantan


Pantai Irama terletak di pinggir bandar Bachok dengan jarak perjalanan kira-kira 30 minit melalui jalan Kota Bharu - Tawang - Bachok. Pantai Irama juga masyhur dengan budaya perniagaan penduduk tempatan yang sememangnya diketahui umum seperti gerai-gerai makanan yang menjual hidangan goreng celuk tepung seperti ikan, udang, sotong dan keropok lekor. Selain itu terdapat juga minuman seperti ABC, air kelapa muda dan minuman berperisa yang lain.

Jenis Permainan di Pantai Irama Bachok Kelantan


Pusat peranginan Pantai Irama Bachok Kelantan mempunyai jenis permainan yang tidak banyak bezanya dengan pusat peranginan lain. Jenis permainan di Pantai Irama antaranya ialah Banana Boat, ATV, Kereta Kuda, Basikal dan Wau Layang. Wau Layang boleh dibeli sendiri di Pantai Irama dengan harga yang sangat murah dan pelbagai bentuk yang pasti menarik perhatian anak-anak.

Kami di @gumarabicfood mengucapkan selamat berkunjung ke Pantai Irama Bachok Kelantan. Jaga kebersihan, keselamatan keluarga dan kekalkan warisan pemuliharaan alam.

 #gumarabicalmanna #gumarabicfood #almanna #gumarabic #getaharab #travel #checkin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan